Saturday, April 30, 2011

apkah cinta itu sbnrnye utk kiter..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Saban hari kita jumpa dengan orang yang berbeza. Berbeza sikap, berbeza perwatakan dan berbeza jantina. Saban hari itulah setiap perasaan yang berbeza wujud menerjah dalam diri. Ada rasa suka, gembira yang teramat, ada rasa benci, kadang-kadang timbul perasaan meluat. Terdapat juga rasa simpati ditaburi sedikit kasihan, dan tidak kurang pula datangnya cinta pandang pertama.
Saat melihat dirinya, hati jadi tenteram, aman dan tenang. Ibarat terbang di awang-awangan. Bagai cerita cinta dalam kisah dongengan. Tetapi, apakah cinta itu sebenarnya untuk kita?
Kisah Cinta Pertama :
Uda dan Dara bercinta berjanji setia sehidup semati. Sampai masa, hanya Allah yang tahu. Cinta di pertengahan. Dara bertemu jodoh dengan insan lain. Sedang Uda berkelana sendirian tanpa arah tujuan.
Kisah Cinta Kedua :
Uda dan Dara bahagia membina mahligai indah atas dasar cinta, kasih dan sayang. Beberapa tahun berlalu, Uda dan Dara mula tidak sependapat dan akhirnya membawa haluan sendiri. Masing-masing bagai orang asing yang datang dari planet lain.
Apakah cinta itu sebenarnya untuk kita?
Cinta yang tiada bermatlamat. Cinta yang tidak pernah ditarbiyah. Cinta yang tidak disulam dengan niat lillahi ta'ala . Tidak.alt
Cinta itu sebenarnya untuk kita jika Cinta itu ditempatkan dalam tempat yang sememangnya menjadi haknya. Cinta yang ditarbiyah itulah sebenarnya cinta untuk kita. Cinta yang setiap malamnya dihujani dengan air mata. Cinta yang setiap paginya dibasahi dengan embun zikrullah. Cinta yang setiap senjanya didendangkan dengan kalamullah. Dan cinta sebelum malamnya berlabuh dinodai dengan muhasabah keinsafan.
Itulah yang dipanggil sebenar-benar CINTA. CINTA pada Sang Pencipta.

Saturday, April 9, 2011

anugerah solehah yg tinggi...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger..."Hati kami baik walaupun kami tak tutup aurat." Adakah hati itu baik dan sihat jika melanggar perintah Allah swt?

Apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? Setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya?

Sabda Rasulullah Saw: Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Harta Paling Berharga

Bagi orang yang berpuasa, mereka akan memasuk syurga melalui pintu puasa yakni pintu Ar-Rayyan, begitu juga yang syahid, dermawan dan sebagainya. Tetapi bagi wanita solehah, mereka ada peluang untuk memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang mereka sukai. Sungguh tinggi darjatnya disisi Allah swt. Abaikanlah andai darjat anda disisi manusia diperosok ke dasar yang paling bawah kerana sifat solehah anda. Utamakan apa sahaja di sisi Allah Swt.

1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada
-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

5. Gigialt
-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani)
-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan
-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata
-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)
-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan
-"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31).
-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
-"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian
-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


-"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).

12. Rambut
-"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sumber Text: Aurat Wanita

Bacaan Lanjut: Aurat Wanita: Apa Sudah Jadi. Zaharuddin.net

buat dia yg beRgelar pemimpin...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger..."Aku tak boleh, aku tak kuat."

"Aku lembik, lemah."

"Aku tak pandai nak sesuaikan diri d engan keadaan."

"Aku rasa ada yang lebih layak daripada aku."

"Aku tak dapat nak galas amanah ni, susah sangat, berat sangat."alt

Aku pernah merasai perkara yang tertulis di atas, bahkan lebih daripada itu. Ketika itu aku dilantik untuk menerajui salah satu amanah pada satu masa yang telah Allah S.W.T tentukan, aku pasrah. Aku tunduk pada ketentuan-Nya. Aku taat pada perintah-Nya. Aku sujud memohon kekuatan-Nya. Aku memanjatkan doaku pada-Nya agar menjadi lebih kuat.

Firman Allah S.W.T :

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Maksudnya: "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku-perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina."

[Al-Mu'minun : 60]

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

"Doa itu ialah ibadat." [HR Bukhari]

Dalam hadith lain, Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda yang bermaksud :

"Doa merupakan satu ibadat." Lalu baginda membaca ayat, "Dan berkata Tuhan-Mu: Berdoalah kepada-Ku." [HR Abu Daud dan Tirmidzi]

Aku patuh pada takdir-Nya, kerana aku tidak tahu perkara yang terbaik bagiku melainkan Dia, Pencipta aku yang Maha Tahu kekuatan dan kelemahan aku.

Firman Allah S.W.T :

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ

Maksudnya : "Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah S.W.T jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

[Al-Baqarah : 216]

Aku berusaha menerima dan memujuk hati ini bahawa akulah yang dipilih untuk memegang amanah sebesar itu. Akulah juga yang terpilih dari kalangan hamba-hambaNya yang ada disekelilingku, sungguh aku tak pinta untuk ianya berlaku bahkan aku bimbang untuk memegang amanah sebesar ini. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui perkara yang terbuku dihati kecilku.

Firman Allah S.W.T :

إِنْ تَكْفُرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنْكُمْ وَلا يَرْضَى لِعِبَادِهِ الْكُفْرَ وَإِنْ تَشْكُرُوا يَرْضَهُ لَكُمْ وَلا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ مَرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

Maksudnya : "...Sesungguhnya Allah S.W.T mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada."

[Az-Zumar : 7]

Tatkala aku menerima ketentuan, terdetik juga kekeliruan tentang kemampuan diri. Dapatkah aku menggalas beban ini, benarkah aku layak. Aku tahu, aku menerima amanah ini bukan kerana layaknya aku tetapi atas rahmat dan kasih sayang-Nya pada aku yang hina dan penuh dosa.

Firman Allah S.W.T :

قُلْ أَغَيْرَ اللَّهِ أَبْغِي رَبًّا وَهُوَ رَبُّ كُلِّ شَيْءٍ وَلا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلا عَلَيْهَا وَلا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ مَرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ

Maksudnya : Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepada-Nya), patutkah aku mencari Tuhan selain Allah S.W.T, padahal Dialah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Allah S.W.T tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan pada-Nya.

[Al-An'am : 164]

Terima kasih Ya Allah atas anugerah ini, dengan adanya amanah ini bertambahlah ibadat aku kepada-Mu. Sungguh aku tidak sedar, sekalipun aku tidak diberi untuk memegang amanah ini, aku telahpun diberi amanah sebagai seorang muslim. Sepatutnya aku bersyukur, Dia memberi aku pentas untuk aku jalankan amanah ini.

Firman Allah S.W.T :

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ

Maksudnya : Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak ketahui."

[Al-Baqarah : 30]

Firman Allah S.W.T :

إِنَّا عَرَضْنَا الأمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الإنْسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولا

Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. Ingatlah sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."

[Al-Ahzab : 72]

Firman Allah S.W.T :

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ

Maksudnya : "Ingatlah Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku."

[Ad-Dzariyaat : 56]

Kadang-kadang aku melakukan khilaf namun tidak sedar tentang itu. Sebenarnya, dalam aku berusaha, aku juga berputus asa. Namun bukan itu adab seorang hamba pada pemilik-Nya. Ampunkanlah aku wahai Tuhanku.

Dari Abu Hurairah R.A bahawasanya Nabi S.A.W bersabda:

"Doa seorang hamba akan selalu dikabulkan selagi tidak memohon sesuatu yang berdosa atau pemutusan kerabat, atau tidak tergesa-gesa. Mereka bertanya : Apa yang dimaksud tergesa-gesa? Beliau menjawab : Dia berkata ; Saya berdoa berkali-kali tidak dikabulkan, lalu dia merasa menyesal kemudian meninggalkan doa." (HR Muslim)

Jika difikirkan amanah ini, aku tidak dapat hendak menanggungnya, hanya Dia sahaja yang mengetahui apa yang aku rasai. Telah kekeringan air mata dan telah lesu kepenatan aku berfikir untuk aku terus kuat dan gagah sebagaimana pahlawan-pahlawan silam yang telah terbukti keimanannya juga kejayaannya. Dengan itu, aku berusaha bangkit dan melawan.

Segala tindakan aku sebagai pemegang amanah tertakluk kepada terma dan syarat Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W yang berada dalam satu pakej lengkap iaitu Islam. Sesunguhnya aku akan ditanya di mahkamah akhirat yang tiada sebarang ketidakadilan dan keraguan. Islam itu akan membuahkan iman dan ihsan, dan titik bermula segala tindakan ialah hati.

"Sesungguhnya, di dalam badan manusia itu ada seketul darah. Jika ianya baik maka seluruh anggotanya turut baik dan jika ianya buruk, buruklah seluruhnya. Itulah dia, hati." [HR Bukhari dan Muslim]

Sesungguhnya, telah banyak yang menjadi persoalan telah dijawab di dalam Al-Quran. Namun hanya aku yang tidak menyedarinya. Aku mohon petunjuk dan rahmat daripada-Nya agar aku berjaya memikul amanah ini. Aku akan jalani dan lakukan sebaik mana yang aku mampu dan akan aku cuba kembali kepada fitrah asal kejadianku yang menginginkan kejayaan daripada Dia yang satu.

-Artikel iluvislam.com