Saturday, November 27, 2010

dengarlah pesanan ini wahai umat islam



Antara pesanan Allahyarham Sheikh Ahmad Yaseen kepada REMAJA MUSLIM.. :

a) Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjamaah,sudah sampai saatnya kalian menghiasi diri dgn akhlak yg mulia,mengamalkan al quran dan mencontohi Rasulullah saw

b) Aku menyeru kalian wahai anak-anak untuk solat tepat pada waktunya ..

c) Aku amat berharap kalian semua tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat serta cinta kepada manusia dan dunia. latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

d) Wahai puteriku,aku mahu kalian berjanji kpd Allah akan mengenakan hijab secara betul dan jujur,serta mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yg mulia.Haram bagi kalian melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

SHAH ALAM, 20 Disember - Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di sini merakam memori istimewa apabila dikunjungi ulama tersohor dunia, Prof Dr Yusuf al-Qardawi malam tadi. Dianggarkan 4000 hadirin berasak- asak di dewan solat Sultan Abdul Aziz Shah untuk mendengar ceramah beliau sempena Maal Hijrah (1431H), yang turut disambut di Selangor melalui Program Kefahaman Islam/Minggu Du`at Selangor 2009. Program tersebut bermula pada hari Jumaat dan berakhir pada hari Ahad 20 Disember 2009.

Turut hadir dalam majlis ceramah perdana tersebut adalah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin dan ahli jawatankuasa PAS pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin yang juga bertindak sebagai penterjemah ceramah.

Dalam keadaan tidak sihat, Prof Dr Yusuf al-Qardawi sempat juga mengimamkan solat maghrib dalam keadaan duduk.

Beliau kemudiannya memulakan kalimah dengan rasa syukur kepada Allah kerana mempertemukannya sekali lagi dengan masyarakat Malaysia, juga mengizinkannya bertemu dengan pemuda-pemuda yang memperjuangkan Islam serta sahabat-sahabatnya yang telah lama tidak berjumpa.

Ulama yang berasal dari Mesir ini menyentuh topik Hijrah sepanjang hampir dua jam penyampaiannya. Beliau meluahkan harapannya agar pada tahun baru hijrah ini Al-Aqsa dapat dibebaskan.

Beliau berpesan, apabila membaca kisah-kisah sirah, rujuklah dahulu kepada sumber yang sahih dan tidak percaya melulu. Misalnya dalam peristiwa hijrah, diceritakan tentang kisah burung merpati dan labah-labah di hadapan pintu gua, sedangkan tiada sumber atau sanad yang sahih mengenainya. Allah subhanahu wataala sendiri dalam al-Quran menceritakan bantuan yang diberikan adalah daripada tentera yang tidak nampak, sedangkan burung merpati dan labah-labah itu boleh dilihat dengan mata kasar. Umat Islam mesti yakin bahawa Allah akan sentiasa menolong hamba-Nya yang berjuang menegakkan agama melalui pertolongan yang tidak disangka-sangka.

Walaupun Rasulullah dan para sahabat diusir, mereka dikira menang kerana berjaya mempertahankan prinsip, pendirian dan keimanan dalam diri walaupun dianiaya dan diseksa oleh kaum kafir Quraisy ketika itu. Kesabaran baginda adala satu kemenangan.

Rasulullah sallahu alaihi wasallam mengatur strategi untuk berhijrah. Perancangan dan persiapan rapi baginda dalam berhijrah, mendidik kita supaya bekerja secara berjamaah. Baginda meletakkan individu- individu yang dipercayainya di tempat-tempat yang sesuai dengan peranan dan kelebihan mereka. Ini termasuk pakar pemandu arah (yang bukan Muslim), Asma' (peranan wanita), juga peranan penting Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali Abi Talib.

Maka sewajarnya umat Islam juga mempunyai strategi dan perancangan untuk dilaksanakan.

"Setiap orang Islam harus mengatur strategi dan operasi supaya perjalanan hidup dapat bergerak dengan cara yang betul. Kemudian kita berserah kepada Allah. Allah akan membantu kita selepas itu," ujarnya.

#Rasulullah menemui potensi dan ciri-ciri asas yang boleh membantu menyuburkan perjuangan Islam pada kaum Aus dan Khazraj, penduduk Yathrib (Madinah) ketika itu, lalu baginda dan para sahabat berhijrah ke tempat yang terpilih ini untuk menjadi tapak penyebaran Islam seterusnya.

Dalam peristiwa hijrah juga, Dr Yusuf berkata bahawa Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam bukan agama yang bersifat individualistik. Selepas mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj (dikenali sebagai kaum Ansar), baginda mempersaudarakan pula kaum Ansar dan kaum Muhajirin (umat Islam yang berhijrah ke Madinah), sebagai asas membina masyarakat Islam di situ.

"Sebaik sahaja tiba di Madinah Rasulullah telah membina sebuah masjid yang menjadi tempat segala aktiviti kemasyarakatan. Baginda juga menubuhkan sebuah pasar bagi meningkatkan kegiatan ekonomi umat Islam, yang menjadi tempat persinggahan para pedagang dari luar," tambahnya.

Pasar tersebut dibina lengkap untuk semua barangan dagangan dalam kawasan tertentu dan diurus tadbir dengan baik. Rasulullah sendiri ‘turun padang’ bagi memastikan para peniaga bersikap amanah dalam berjual beli.

Rasulullah berjaya membina masyarakat yang mengamalkan perintah-perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Masyarakat ini lebih berjaya daripada teori-teori yang dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani tetapi tidak berjaya diaplikasi. Ahli masyarakat semuanya sama rata, merdeka dan yang membezakan mereka hanyalah ketakwaan.

Masyarakat ‘insani rabbani’ inilah yang melahirkan Abu Dzar dan Bilal yang cepat sedar akan kesalahan lantas memohon keampunan, kisah Abdul Rahman bin Auf yang pemurah, seorang wanita yang memberi lebih dari apa yang diminta (kisah wanita yang memberikan seekor unta kecil miliknya) dan seorang penzina yang mengaku sendiri kesalahannya dan meminta dihukum supaya terampun dosanya.

“Walaupun begitu, wujud juga kaum munafik yang tinggal bersama masyarakat ketika itu. Di lidah mereka terungkap iman tetapi tidak di hati. Mereka memporak-perandakan masyarakat dengan fitnah dan tipu helah mereka, seperti kisah hadith al-ifk (fitnah pada Saidatina Aisyah). Mereka ini wujud di tengah-tengah kaum muslimin pada setiap masa dan ketika. Mereka bangun mengerjakan solat dengan malas, dan berat tangan untuk menyumbangkan sesuatu. Kaum munafik zaman ini lebih dasyat lagi, namun itulah cabaran cabaran yang harus ditempuhi oleh umat Islam hari ini.”

As-Syahid Hasan Al-Banna mewasiatkan kepada generasi pewaris risalah nubuwwah yang didokong oleh Ikhwan Muslimin.

"Wahai manusia setelah kehidupan yang pendek ini kamu akan menjalani kehidupan yang abadi. Bila kamu memahami rahsia tugasmu dalam kehidupan ini dan mengikhlaskan amal untuk Tuhanmu, ada kenikmatan yang menantimu"

"Aku tidak menulis buku. Aku menulis dan melahirkan rijal"

"Kami mengajak manusia semua pada satu kefahaman begitu jelas. Fikrah yang telah mereka kenal. Satu fikrah yang telah disaksikan sejarah menyejahterakan manusia"

"Setiap kali orang menerima fikrah Ikhwan dan begabung dengannya, saat itu pula, saya merasa bertanggungjawab mengenai sejauhmana mereka mendapatkan faedah"

"Kesedaran aqal, kehalusan perasaan, dan hidupnya hati dijadikan Islam sebagai tunjang kesalehan individu"

"Saya berjanji akan menjadi orang yang istiqamah yang menunaikan ibadah serta menjauhi segala kemungkaran. Menghiasi diri dengan akhlak mulia dan meninggalkan akhlak-akhlak buruk. Memilih dan membiasakan diri dengan kebiasaan-kebiasaan Islami semampu saya"

"Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri,
tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran
kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba ridha
Allah".

No comments:

Post a Comment