Saturday, November 27, 2010

hadiah untuk aba


'Abaaa! Abaaa!' jerit seorang kanak lelaki yang berumur 4 tahun memanggil ayahnya
'Ish,apa dia?' jawab ayahnya 'cuba aba tengok ni Iman tulis ABC,betulkan?' tanya Iman dengan manjanya kepada ayahnya Abdul Syahid 'Hm,betul..dah pergi main jauh jauh abah nak siapkan kerja.Besok abah dah kena hantar' jawab ayahnya dengan tegas. Kecewa dan pasrah dengan jawapan yang diberikan ayahnya,Iman berjalan keruang tamu rumahnya.

Sebagai seorang kanak kanak,semestinya Iman ingin bermain bersama ayahnya,bermanja dengan ibunya namun dia tidak pernah merasa belaian manja seorang ibu kerana ibunya meninggal dunia sewaktu melahirkan dirinya.Ayah Iman pula sibuk dengan kerja hingga tiada masa yang boleh diluangkan bersama Iman.Mujur juga nenek Iman tinggal bersama. Dapat juga dia diberikan perhatian

'Iman,kenapa muram saja ni?' tanya Nek Jah yang pelik dengan muka cucunya itu yang masam mencuka
'Aba tak sayang Iman' jawab Iman sambil berlinangan air mata
'kenapa Iman cakap macam itu?' soal Nek Jah
'Aba tak pernah main dengan Iman'
'dahlah ya,mungkin abah busy,nanti nenek suruh abah main dengan Iman ya?' jawab Nek Jah yang cuba untuk membuatkan cucunya itu ceria
'betul ke nenek?'tanya Iman dengan bersungguh sungguh
'betul,nanti nenek cakap dengan ayah,dah pergi buat kerja!' bilang Nek Jah
'BAIK BOSS!' jawab Iman. Sejuk hati Nek Jah melihat cucunya itu ketawa

Kemudian Nek Jah masuk kedalam bilik anaknya.Memang bersepah meja dengan dokumen dokumen yang hendak disemak Abdul Syahid tapi Nek Jah tetap masuk kedalam bilik itu


'Abdul Syahid,kenapa kau layan macam itu kat anak kau?' tanya Nek Jah
'Layan apa ni mak? Saya tengah busy takkanlah saya nak berhenti sekadar nak tengok dia eja ABC?!' jawab Abdul Syahid dengan nada yang agak tinggi
'Kalau ya pun kamu banyak kerja,takkan tak boleh kamu nak berhenti sekejap tengok anak kamu? dia anak kamu tahu? bukan anak lembu!'
'Anak lembu pun lagi baguslah mak dari dia!Anak lembu tak bunuh mak dia!'
Paaaang!! satu tamparan hinggap di pipi Abdul Syahid
'Kamu nak salahkan anak kamu jadi sebab isteri kamu meninggal?'
'memang betul dia sebabnya!'tengking Abdul Syahid 'Kalau tak sebab dia,Raihan tak meninggal mak! Ni semua sebab budak tu!' jerit Abdul Syahid sambil menunjukkan jari telunjuknya kearah pintu.Tanpa disedarinya anaknya,Iman sudahpun berdiri tegak dipintu biliknya sambil memegang kertas.Mata Iman dibasahi dengan air mata.

Baru saja dia menyiapkan hadiah yang ingin diberikan kepada ayahnya, dia ingin meminta maaf kerana telah menggangu kerja ayahnya tadi.Tapi dia telah terdengar semua luahan ayahnya.Abdul Syahid yang baru tersedar kehadiran anaknya itu berhenti berkata kata.Terbit rasa bersalah dihatinya.

'Iman' terkeluar nama anak itu dari mulutnya
Iman yang sedang menangis teresak esak lari keluar rumah.Tanpa disuruh,Abdul Syahid dengan segeranya mengejar anaknya itu.Iman berlari hingga ke tengah jalan tiba tiba ada kereta berada di depannya lalu melanggarnya
'IMMAAAAAAANN!' jerit Abdul Syahid
'Iman!' panggil Abdul Syahid dengan perlahan sambil merangkul badan anaknya yang berlumuran darah
'aba..ini hadiah untuk aba' bilang Iman dengan perlahan sambil memberikan ayahnya sehelai kertas 'Iman..tak tahu..mama meninggal sebab Iman..kalau iman tahu iman tak keluar dari perut mama' ujar Iman lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir
'Iman..Iman..Iman bangun nak! Iman,kita main sama sama lepas ini.Nanti ayah ajar Iman kayuh basikal ya? Iman bangun! bangun!' kata Abdul Syahid sambil mengalirkan air mata
Kemudian dia lihat hadiah yang diberikan anaknya itu. Sehelai kertas yang ada dilukiskan tiga orang lidi.Satu bersongkok,satu lagi bertudung dang satu lagi ada budak kecik.Disitu ada tertulis Aba,Mama dan Iman

-Tamat- semoga anda semua suka cerpen ini :lol:
cerpen dr iluvislam.com
0
  • +
  • -

No comments:

Post a Comment