Friday, February 4, 2011

pelajar malaysia di mesir SELAMAT..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Seramai 11,319 pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di Mesir selamat dan tidak terlibat dalam demonstrasi di negara itu sejak Selasa lepas.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata Jabatan Penuntutalt

Malaysia (JPM) Mesir mengambil beberapa langkah dan pendekatan untuk memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar Malaysia terpelihara.

Menurutnya siaran 'advisory' atau nasihat keselamatan supaya mahasiswa menjauhkan diri daripada tempat-tempat kekecohan juga diiklankan melalui laman web rasmi JPM Mesir iaitu www.jpmk.info.

"Pelajar juga diingatkan untuk membuat persediaan keperluan makanan dan lain-lain keperluan yang penting sekiranya keadaan semakin meruncing," menurut kenyataan itu.

Daripada 11,319 pelajar Malaysia di negara itu, 6,135 orang sedang mengikuti pengajian Islam dan selebihnya dalam bidang perubatan.

JPM Mesir juga bekerjasama rapat dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah (KBMK) untuk mengaktifkan pasukan teras bagi menangani sebarang kemungkinan risiko keselamatan, dan sebuah bilik operasi krisis dibuka sejak Rabu lepas di kedutaan, menurut kenyataan itu.

Menurutnya dari semasa ke semasa, JPM Mesir akan menyediakan nasihat keselamatan yang bersesuaian dengan situasi dan masa untuk dimaklumkan kepada mahasiswa serta pegawai Hal Ehwal Pelajar negeri-negeri.

Ini bagi mengelak suasana huru-hara di pihak mahasiswa sendiri mahupun rakyat Malaysia di Mesir ataupun ibu bapa dan keluarga mereka di Malaysia," menurut kenyataan itu.

Sejak Selasa lepas beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.

- Kuala Lumpur, 28 January 2011

Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.commerupakan pelanggan rasmi Bernama.

No comments:

Post a Comment